Daftar Rebat RM200 Smartphone (Telefon Pintar 3G)

rebet-telefon-pintar-rm200

Daftar Rebat RM200 Smartphone (Telefon Pintar 3G) | Persoalan tentang rebat RM200 handphone 3g kepada belia nampaknya menjadi topik panas, dimana sebelum ini kerajaan telah menghadkan yang hanya telefon pintar 3g bawah RM500 je boleh dibeli menggunaakan rebat tersebut. Namun setelah diteliti dan mendengar suara serta komen dari rakyat, nampak nya had untuk rebet tersebut dimansuhkan.

tiada-had-harga-rebate-rm200

Berikut adalah informasi yang dipetik dari berita harian tentang had serta persetujuan yang dikenakan ke atas rebet tersebut :

  • Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
  • Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’
  • 7 syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
  • SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
  • Setakat ini berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada SKMM, hampir 5,500 belia yang layak sudah mendaftar untuk mendapatkan rebate Rm200 smartphone (telefon pintar) itu selepas pendaftaran mula dibuka dibuka 1 Januari 2013
  • SKMM turut menasihati belia yang sudah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
  • Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
  • Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Berikut kami sertakan beberapa link penting untuk rujukkan anda mendapatkan rebat RM200 telefon pintar 3G tersebut (cara daftar rebat RM200 smarphone).

=> Laman Sesawang Utama : https://komunikasibelia.skmm.gov.my

=> Borang Permohonan (Pelajar) : https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar

=> Borang Permohonan (Pekerja) : https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja

=> Soalan Lazim : https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/faqs.html

pakej jalur lebar rebat rm200

Sekadar mendaftar sahaja tidak cukup, apabila anda mendaftar anda perlu melanggan mana-mana pakej 7 jalur lebar yang disenaraikan diatas supaya anda boleh menebus rebat RM200 yang anda perolehi.

Setakat ini 4 dari 7 syarikat terbabit telah memperlihatkan pakej-pakej yang dibuat oleh mereka pada laman sesawang tersebut:

Mungkin lebih 3 lagi syarikat bakal menyusul dan sama-sama kita nantikan.

Diharap info ini berguna untuk anda, komen beserta pandangan dari anda amat kami alu-alukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori: OH! POLITIK|

Pandangan/Komen: 1 Komen

{ 1 comment… read it below or add one }

Santosh March 21, 2013 at 6:16 pm

sedey betul,, hari tu lain,, hari ni lain.. tak pasal2 dah terbeli hp baru tak guna retbae,, tapi kalau ikut jumlah pendapatan aku tetap tak layak,, kenapa la tak adil sangat,, sedey lak rasa.. orang yang berpendapatan rm3000 ke atas pun rakyat malaysia jugak,, kalau pendapatan dia RM3001 camne lak tuh??mujagirl92 recently posted

Reply

Leave a Comment

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara MalaysiaNetworks Dot My © 2013